Thursday, July 27, 2006

Sekiranya tuan puteri menunggu ketibaan si putera,
Tunggulah sehingga rembulan mengambang.
Sekiranya ada hasrat di hati yang tertera,
Harap janganlah ada yang menentang.


Jikalau reaksi yang ingin dilihatnya, tak akan ku berikan apa-apa untuk menjadi tumpuan semata-mata. Aku adalah manusia. Mempunyai daya fikiran. Mempunyai perasan. Bukanlah boneka yang boleh didapati di mana saja. Boneka yang tiada akal fikiran, perasan ataupun tutur bicara. Suatu boneka yang telah diberi hanya semata-mata untuk dipermainkan.

Begitu cetek kah pemikiran mu? Adakah itu yang kau anggapkan dari diriku? Kalau betul lah sangkaan ku, begitu kecilkah, murahkah aku di mata kau? Tidak ku sangka bahawa akan tiba masanya dimana aku melihat gerak laku sedemikian.

Ataupun, kau hanya ingin memberi pandangan yang amat berbeza? Begitu takutkah kau dengan anggapan masyarakat diatas diri kau? Penghormatan diberi kepada setiap individu. Tetapi, adakah penghormatan diri kau masih lagi berharga? Ataupun ia sudah tiada ertinya, sama seperti boneka-boneka yang telah lama kau humban ke tepi kerana tidak bermutu lagi di mata kau dan disisi masyarakat?

Orang dahulu kala sering meingatkan kita, pelbagai nasihat yang akan diberi. Tetapi akhir kata ku, senang difahami. Ini lah suatu peringatan dari ku di bungkus rapi buat diri mu. "Setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua"

Akan ku tunggu untuk melihat saat kegemilangan itu.

No comments: