Setiap kali aku memandang ke luar jendela, menyingkap kembali kenangan silam. Aku keliru. Aku tidak pernah memahami apa yang telah berlaku. Aku asyik bertanya. Tetapi soalanku tidak pernah terjawab.
Aku buntu. Tidak mempunyai jawapan dan juga tidak mempunyai sesiapa untuk bertanya atau meluahkan segalanya. Aku resah. Kadang kala, aku geram kerana aku tidak pernah dapat apa yang ku cari untuk menamatkan segala kebuntuan yang ku hadapi ini.
Adakah ia suatu cerita yg telah lama ku tanamkan di pelusuk fikiran ku? Ataupun, ia adalah suatu karya yg tidak ingin ku sambungi? Mungkinkah ia suatu rahsia yg tak patut di timbulkan semula? Apakah soalan ini suatu tanda ataupun ia suatu bukti bahawa aku berperasaan? Aku berperasaan perikemanusiaan yang ku jangka tiada lagi di lubuk hati ku. Ataupun ia muncul akibat perasaan serba salah?
No comments:
Post a Comment